skip to main | skip to sidebar

Pages

tekuboyz!!!! la weii......

http://tekuboyz.blogspot.com/

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin

5:12 AM | Publish by pzan yussof


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 

0 comments
0 Responses

« Newer Post Older Post »
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Popular Posts

  • cUTi sEm BeRmuLa..HuHuhUhU........!!!!!
    erm,,ermmm..ermmm...sblum 2 aku nk perknlkn la diriku la ye smpena final exam dh abis,,,hehe..aku TEKU DBST PART 4 ..pelajar UiTM SEGAMAT K...
  • AkU aKan belajar BeRsUnGguh-SuNgGuh tuK FiNal
                                                         NO WORK HARD BUT STUDY HARD STUDY FOR SIX SUBJECT MACRO, TRANSPORT, BEL, CTU, QMT, AN...
  • 10 pEtAnDa DiA jOdOh KiTe,,,hehe
    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Al lah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? A...
  • Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin
    Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya. Namun bagi sesetengah manusia beran...
  • tRiP kE cAmErOn HiGhlAndS
    ehem2...salam smue ye..dh lme kn aku x update blog ni..dcni aku cme nk bgthu yg aku bersama klas pergi trip ke cameron highland selama 3 har...
  • tEngoh BeRpERanG NgAn FiNaL eXaM..............
    first time ni aku post ni....x thu nk ckp apew....tp cme nk ckp yg skrang tgoh bertrmpur di medan perang ngan final exam.....hrap2 dpt la re...
  • sELeSai SuDah MoDul PaRt 4
    uhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...akhirnyer selesai jugak ye modul part 4 aku..haha...sungguh memenatkn btol,,msuk hutan jumpe sawit dan getah.....
  • BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
    Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja u...
  • SyAnGnYE aLLaH kaT KAuM hAwA
    Sayangnya Allah Pada Perempuan ♥ ♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG, Nak kena tutup sana, tutup sini Tengok budak lelaki, pakai baj...
  • berjln2 di melaka bersama teman2
    muka pagi yg x mndi..haha...basuh muka  jer tuk bersarapan di kedai mamak bergmbr di JUSCO melaka bersama hud, ratoo, gaylang dan fiqa..ha...

wAkTu SoLaT

pZaN

UiTM Di hATikU

BiLaNgAn PeLaWaT

About Me

My Photo
pzan yussof
View my complete profile

i LoVe mY fAtHeR..aNd mY MoThEr

i LoVe mY fAtHeR..aNd mY MoThEr

fAcEbOoK aKu

Pzan Yussof

Create Your Badge

mY mOtOr LC135.....RiDeRs

mY mOtOr LC135.....RiDeRs

tErEnGgAnU bLoGgEr

bighandesign

sEmBanG2 sKikKkK oK


ShoutMix chat widget


Powered by Blogger.

mP3 pLaYeR




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (24)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (8)
      • Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin
      • "Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina"
      • BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
      • cUTi sEm BeRmuLa..HuHuhUhU........!!!!!
      • 10 oRaNg DoA Yg tiDaK DmKbULkn ALLAH S.W.T
      • SyAnGnYE aLLaH kaT KAuM hAwA
      • LyAn wAYaNG sKiTtTt..hahaha
      • bErTuKaR WaJaH bArU sKiT okkkkkk...HAHhaha
    • ►  September (8)
    • ►  April (3)

Ads 468x60px

Featured Posts

Copyright (c) 2010 tekuboyz!!!! la weii....... Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.