skip to main | skip to sidebar

Pages

tekuboyz!!!! la weii......

http://tekuboyz.blogspot.com/

I made this widget at MyFlashFetish.com.

mAkAn aNgiN d PORT DICKSON....hhehe...

10:41 AM | Publish by pzan yussof

salam semua...hehe..ni aku nk crite skit la pasal trip aku yg aku buat sndri bersama geng2 klas aku tuk pergi ke PORT DICKSON..aku saje je rancang tuk pergi kew port dickson sbb aku blum pernah lg smpai kat sane..jd aku nk merasa jugak pergi ke sana..hehe..geng2 aku jugak ade jugak yg blum pernh prgi...hahahah

aku gerak kew port dickson seramai 12 orang jer dgn 3 buah kete iaitu kancil yg d pndu oleh gaylang, myvi bru skikkkkkkk yg dpndu oleh py,,,haha dan mcm biasala kete aku toyota corona yg d pndu oleh aku sndri...hehe..mase bergerak 2 mmg la enjoy gler kn..aku bertolak ke sane dlm kul 9 mlm hari jumaat.. x silap aku la.hehe..rsenyer dh btol dh..jnji kul 6[tg nk gerak tp mcm biasala kn jnji melayu mne pernh tepat..hahaha. bkn nk salahkn orang melayu tp btol la 2..hahahahah...

dlm prjlnn semua nmpk seronk kn..hahaha. biasala la mkn angin tuk hilangkn tension skit dgn pelbagai masalah..hahaha.aku smpai dlm port dickson x silap aku la dlm kul 2 pg rsenyer..smpai sane ke hulu ke hilir la cari tmpt menginap sbb bnyk tmpt penginapan yg penuh..mklum la musin cuti sekolah kn..msti la rama family yg nk bercuti ngan ank2 mereka.hhehe..tp aku bkn  la nk crite pasal family diorang yg nk bercuti ni..haha..
ke hulu ke hilir mencri tmpt pernginapn jmpe slah sorang pak guard yg mmberithu ade tmpt menginap yg kosong..haha..aku dan kwan2 laen prgi la tmpt menginap tersebut x silap aku name tmpt trsbut TELUK KEMANG rsenye..hahaha..kire btol la 2..hehe...

aku dan kwan2 aku yg 12 orang ni check in la tmpt menginap tersebut dgn hrge rm250..hhaha..12 orang jd jimat la duit skit sbb kluarkn rm20 jer sorang...hahah..tmpt menginap tersebut pown selesa,..lpas check in aku dan geng2 kluar jap g lpak kdai mamat minum air..mklum la dahaga..hhaha..lpas tu blik bilik smue tdow...hahaha.. ckup la bercerita..hahah..ni kongsi la skit2 gmbr aku n geng2 pergi port dickson..haha
















































ckup la gmbr bnyk ni aku ltkkn.,..klu ltkkn smue bnyk plk 6ti..hahahahaha,...kami semua enjo pergi sane walupown pulang dgn keadaan yg letih...hehehehe..

0 comments

bAngAng Btol la sApe BuAt dAjal Kat akU!!!!!!!!!!!

10:31 AM | Publish by pzan yussof

mmg aku bengang gler blew kwan aku ade bgthu aku pasal ade orang buat dajal kat aku...bongok btol la...mmg x puas ati gler aku mcm ni,,,klu aku thu sape yg buat dajal 2 mmg aku shoot jer bdak 2...bdoh btol la...gram btol aku....mmg geram gler ni..ape la yg dyer dpt buat dajal mcm 2 kt aku..bodo la...klu berani mari face to face..bru ade kejntanan 2...ni mcm bapok jer main2 buat dajal kat orng...klu dengki ngan aku bgthu la face to face...ni buat dajal jadah ape...malukan orang jer....

BODOH......BODOH......BODOH...HAHA...KLU JNTAN BAK MAI LA FACE TO FACE BUDAK.....

0 comments

sELeSai SuDah MoDul PaRt 4

2:44 AM | Publish by pzan yussof



uhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...akhirnyer selesai jugak ye modul part 4 aku..haha...sungguh memenatkn btol,,msuk hutan jumpe sawit dan getah...hahah..

pagi2 dh lah bgun lmbt..modul strt kul 8.30 aku dtg 9.30..biasala aku kn susah skit nk bgun dari tdo..2 kire mujur la jugak terkejut..klu x terkjut alamk nmpk gaye nye kne repeat la sem 5 6ti...haha...ni smua angkara oggy bdak roomate aku..biasa dyer yg selalu kjut aku pagi2...pergi klas pown dyer kjut..klu dyer x kjut mcm hari ni terlewat bgun pergi modul..haha...aku  ni mmg susah nk bgun pagi..klu kat umah selalu la kne membebel oleh ayah aku sbb bgnu lmbt..haha...

tp xpewla...esok aku dah leh duk rehat dan buat assigtmnt.. oggy la esok kne g modul plk..aku dah leh duk relak dah,,haha...tp hari ni enjoy jugak la modul walaupown bdan penat dengan perjlnn dlm hutan sejauh 8km...hhahaha...gud luck ye esok kpada budak dbs dan kos yg terlibat esok...hahahahaha...
esok enjoy ye syifa hahahahahahahahahahahhahahahahaha

0 comments

hahaha,,,cuti sem dh abis...

9:02 AM | Publish by pzan yussof

ehem2..ape khbar smue..hrap2 sihat smuenye..hehe..dh lme nye aku x update blog al maklumla buzy+mlas..haha...aku pown x thu nk tulis ape ni..sbb aku xde idea..haha

esok akn bermulanya otak dan akalku untuk berfungsi stelah 1 bulan duk umah cuti..haha..duk umah enjoy je memanjang tp esok dan strt la plak aku tuk blajar...esok aku akn bergrak ke segamat bersma kwanku..aku bergrak 2 orang dgn dyer jer..aku hrap perjlnn aku selamat smpai..insyallah amin..hehe.. 2 je la kot yg aku nk kasi tahu..dh xde idea ni..haha..k bye smue...............................................................................tekuboyz la wei....hehehehe

0 comments

10 pEtAnDa DiA jOdOh KiTe,,,hehe

9:09 AM | Publish by pzan yussof


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

0 comments

Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin

5:12 AM | Publish by pzan yussof


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 

0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)

Followers

Popular Posts

  • cUTi sEm BeRmuLa..HuHuhUhU........!!!!!
    erm,,ermmm..ermmm...sblum 2 aku nk perknlkn la diriku la ye smpena final exam dh abis,,,hehe..aku TEKU DBST PART 4 ..pelajar UiTM SEGAMAT K...
  • AkU aKan belajar BeRsUnGguh-SuNgGuh tuK FiNal
                                                         NO WORK HARD BUT STUDY HARD STUDY FOR SIX SUBJECT MACRO, TRANSPORT, BEL, CTU, QMT, AN...
  • 10 pEtAnDa DiA jOdOh KiTe,,,hehe
    Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Al lah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? A...
  • Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin
    Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya. Namun bagi sesetengah manusia beran...
  • tRiP kE cAmErOn HiGhlAndS
    ehem2...salam smue ye..dh lme kn aku x update blog ni..dcni aku cme nk bgthu yg aku bersama klas pergi trip ke cameron highland selama 3 har...
  • tEngoh BeRpERanG NgAn FiNaL eXaM..............
    first time ni aku post ni....x thu nk ckp apew....tp cme nk ckp yg skrang tgoh bertrmpur di medan perang ngan final exam.....hrap2 dpt la re...
  • sELeSai SuDah MoDul PaRt 4
    uhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...akhirnyer selesai jugak ye modul part 4 aku..haha...sungguh memenatkn btol,,msuk hutan jumpe sawit dan getah.....
  • BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
    Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja u...
  • SyAnGnYE aLLaH kaT KAuM hAwA
    Sayangnya Allah Pada Perempuan ♥ ♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG, Nak kena tutup sana, tutup sini Tengok budak lelaki, pakai baj...
  • berjln2 di melaka bersama teman2
    muka pagi yg x mndi..haha...basuh muka  jer tuk bersarapan di kedai mamak bergmbr di JUSCO melaka bersama hud, ratoo, gaylang dan fiqa..ha...

wAkTu SoLaT

pZaN

UiTM Di hATikU

BiLaNgAn PeLaWaT

About Me

My Photo
pzan yussof
View my complete profile

i LoVe mY fAtHeR..aNd mY MoThEr

i LoVe mY fAtHeR..aNd mY MoThEr

fAcEbOoK aKu

Pzan Yussof

Create Your Badge

mY mOtOr LC135.....RiDeRs

mY mOtOr LC135.....RiDeRs

tErEnGgAnU bLoGgEr

bighandesign

sEmBanG2 sKikKkK oK


ShoutMix chat widget


Powered by Blogger.

mP3 pLaYeR




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (24)
    • ▼  December (3)
      • mAkAn aNgiN d PORT DICKSON....hhehe...
      • bAngAng Btol la sApe BuAt dAjal Kat akU!!!!!!!!!!!
      • sELeSai SuDah MoDul PaRt 4
    • ►  November (2)
      • hahaha,,,cuti sem dh abis...
      • 10 pEtAnDa DiA jOdOh KiTe,,,hehe
    • ►  October (8)
      • Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin
    • ►  September (8)
    • ►  April (3)

Ads 468x60px

Featured Posts

Copyright (c) 2010 tekuboyz!!!! la weii....... Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.